Monday, September 5, 2011

asda

pEriSTiWa PenTinG

Keluarga Seman
- Pak Musa memberitahu Seman bahawa tanah, kebun dan binatang ternakan yang diusahakan bukan milik mereka.
- Seman berjumpa dengan Tauke Cina Panjang dan mengetahui bahawa harta bapanya telah digadai dan bapanya ada berhutang dengan Cina Panjang.
- Cina Panjang mengusir Seman dan Mak Limah dari rumah mereka.
- Seman dan Mak Limah hilang dari Kampung Nyiur Condong.
Keluarga Cing Huat
- Kim Lock dan Cing Huat berjaya memiliki sebuah kedai dan menjalankan perniagaan.
- Kim Lock bertemu dengan Mei Hwa dan mula menghisap candu.
- Cing Huat berkahwin dengan Tua Tao dan mempunyai empat orang anak.
- Yew Seng menyatakan bahawa bapanya kejam terhadap Seman.
Keluarga Maniam
- Raman memberitahu Maniam bahawa isterinya telah mengikut Pillay.
- Maniam berkahwin dengan Malini, anak Perumal.
- Suppiah menfitnah Maniam bahawa dia telah meninggalkan isterinya sebelum merantau ke Malaya.
- Maniam telah dihalau keluar dari kampung.
- Musa membantu Maniam yang dipukul ketika dalam perjalanan mencari kerja.
- Raman menceritakan perkara sebenar mengenai Maniam kepada Perumal.
Interlok
- Maniam membantu Seman mendapatkan pekerjaan.
- Seman dan Mak Limah pulang ke Kampung Nyiur Condong.
- Tentera Jepun telah masuk melalui Kedah.
- Kedai Cing Huat telah dirompak sehingga Poh Eng hilang.
- Yew Seng pulang ke rumah dan berjumpa Lazim serta menyatakan hasratnya menentang Jepun.
- Maniam ditangkap oleh tentera Jepun dan diselamatkan oleh Inspektor Ramakrisynan, anaknya.
- Lazim mengadakan rapat umum dan menerangkan keadaan politik negara.
- Poh Eng dibawa berjumpa dengan Yew Seng di dalam hutan.

niLai

Kasih sayang
- Seman amat menyayangi ibunya dan berusaha menjaga ibunya selepas kematian bapanya.
- Seman berasa amat sedih dan turut mengikut ibunya ke bandar apabila Mak Limah ditangkap oleh orang Jepun. Seman berdoa agar ibunya selamat.
- Malini tidak berani melawan cakap bapanya, Perumal yang telah menjaganya sejak kecil. Dia hanya menurut segala perintah bapanya walaupun terpaksa berpisah dengan suaminya, Maniam.
- Inspektor Ramakrisynan berusaha menyelamatkan Maniam yang ditangkap oleh orang Jepun setelah mengetahui bahawa Maniam adalah bapanya.

Bantu-membantu
- Lazim ingin membantu Seman dengan membina sebuah rumah di tanah bapanya dengan bantuan penduduk kampung yang lain juga.
- Musa telah menyelamatkan Maniam ketika diserang setelah diusir dari kampungnya.
- Maniam membantu Seman mendapatkan pekerjaan di kebun itu memandang bapa Seman telah menyelamatkannya dahulu.

Kesungguhan
- Maniam, Kim Lock dan Cing Huat telah merantau dan terpaksa meninggalkan keluarga demi mencari wang.
- Kim Lock pernah bekerja sebagai penarik lanca dan kuli mengangkat najis yang memenatkan sebelum berjaya membeli sebuah kedai untuk menjalankan perniagaan.

Keberanian
- Yew Seng telah menganggotai gerombolan yang diketuai oleh Kong Beng untuk menentang Jepun.
- Lazim dan beberapa orang rakannya telah mengadakan rapat umum untuk menerangkan kepada penduduk kampung tentang keadaan politik negara di samping menaikkan semangat mereka untuk mencapai kemerdekaan.

Pengajaran

Kita hendaklah berlaku jujur dan tidak menabur fitnah agar tidak menyusahkan orang lain.
- Suppiah telah menfitnah Maniam bahawa dia telah meninggalkan isterinya dan merantau ke Tanah Melayu. Hal ini menyebabkan Maniam diusir dari kampung oleh penduduk kampung.

Kita mestilah bersatu padu demi mengekalkan keamanan negara.
Kita haruslah menghargai pengorbanan pejuang negara memerdekakan negara.
- Yew Seng dan Poh Eng yang berbangsa Cina menganggotai gerombolan untuk membebaskan negara dari tangan Jepun.
- Inspektor Ramakrisynan yang berbangsa India berkhidmat sebagai polis dan berusaha mengekalkan keamanan negara.
- Beberapa orang penduduk kampung bergilir-gilir mengawal kampung pada waktu malam.

Kita perlulah berusaha bersungguh-sungguh dalam melakukan sesuatu arah memperoleh kejayaan.
- Maniam, Kim Lock dan Cing Huat telah merantau dan terpaksa meninggalkan keluarga demi mencari wang.
- Kim Lock pernah bekerja sebagai penarik lanca dan kuli mengangkat najis yang memenatkan sebelum berjaya membeli sebuah kedai untuk menjalankan perniagaan.

Kita mestilah mencurahkan sepenuh kasih sayang kepada kedua-dua ibu bapa yang telah bersusah payah membesarkan kita.